FITIN30S adalah nama yang saya gunakan sempena azam baru saya sejak menjangkau 30an beberapa bulan lalu (14th July 2013 ). Ia sebenarnya berasal dari perkataan "Fit in 30's" bermaksud fit dalam 30an. Jadi disini secara rasminya, saya mengumumkan bahawa saya akan menjadi fit & ripped dalam 30an ini.
Saya ingin kongsikan slogan yang telah membantu saya dalam mengubah kehidupan lama saya ke kehidupan yang baru.
"THE TRUTH WILL SET YOU FREE"
Pada 21 April 2013, saya memulakan misi untuk menurunkan berat badan serta ingin menjadi fit. Namun perjalanan agak berliku dan misi kurang berjaya. Walaubagaimanapun selepas membuat kajian dan percubaan mengenai diet dan senaman yang sesuai, bunga mula berputik dan buah mula terhasil. Hasilnya adalah seperti berikut...
Hari pertama program senaman High Interval Training.21 May 2013
Berat 96kg
Hari ke- 122
4 September 2013
Berat 85

Dengan senaman yang betul dan juga pemakanan yang seimbang adalah faktor utama pengurangan berat badan saya. Bukan saja berat turun, malah saya semakin flexible, pantas, segar, dan lebih gembira daripada sebelum ini... DESTINASI MASIH BELUM SAMPAI.... tapi tempat yang dituju sudah semakin terang kelihatan hehehe...
Saya akan kongsikan tentang senaman dan pemakanan yang saya gunakan pada masa akan datang.
*seperti kata Kevin Zahri; dalam menurunkan berat badan, tiada yang terlalu susah dan tiada yang terlalu mudah.


No comments:
Post a Comment