Saturday, October 12, 2013

HIIT CARA PALING PANTAS DAN BERKESAN UNTUK MENGHAPUSKAN LEMAK DI SAMPING MEMBINA OTOT

Latihan berintensiti tinggi interval (HIIT- High Intensity interval training) adalah satu bentuk meningkatkan tempoh latihan, strategi pelaksanaan yang berselang-seli tempoh senaman anaerobik sengit yang pendek dengan tempoh pemulihan yang kurang kuat. HIIT adalah satu bentuk senaman kardiovaskular. Biasanya sesi HIIT mungkin berbeza dari 4–30 minit.  -Senaman yang pendek, sengit memberikan peningkatan kapasiti Olahraga dan keadaan, metabolisme glukos meningkat dan pembakaran lemak yang lebih baik
(*diterjemah daripada english ke bahasa melayu dengan menggunakan http://www.stars21.com
sumber http://en.wikipedia.org/wiki/High-intensity_interval_training )

Hi, inilah kaedah yang telah dan masih saya gunakan sampai ke hari ini, saya cuma mengambil masa 20 hingga 40 minit sehari dan mampu membakar kalori sama banyaknya dengan kaedah Traditional cardio training atau workout di dalam gym yang memakan masa berjam-jam...

Tony Horton (http://en.wikipedia.org/wiki/Tony_Horton_(exercise_instructor)) berkata kaedah ini sebagai muscle confusion (pengeliruan otot), kerana ia tidak menggunakan pada bahagian-bahagian otot yang tertentu saja, ia menggunakan otot dari pelbagai bahagian. Bila otot sudah "keliru" disanalah pembakaran kalori yang paling dahsyat berlaku...


So.... apa tunggu lagii.... bermulalah pada saat ini... :)))

Pada post saya akan datang, saya akan kongsikan jenis-jenis senaman HIIT ini dan bagaimana hendak menggunakannya

Friday, October 11, 2013

Apakah AFTERBURN effect?

Hi, saat ini saya ingin berkongsi mengenai Afterburn effect. Apakah ia? mari kita lihat video ini:

ATAU

https://www.youtube.com/watch?v=p4y-xZXYNVA

Secara ringkasnya, afterburn effect ialah proses pembakaran kalori yang masih berlaku 16 - 24 jam selepas senaman yang terakhir.

Dengan kaedah traditional cardio seperti jogging perlahan atau treadmill, ia hanya akan menggunakan kalori pada masa senaman dijalankan, tetapi tidak selepas..

So... apakah kaedahnya? Saya akan kongsikan dengan lebih lanjut pada post yang akan datang... :)




Wednesday, October 2, 2013

JANGAN ANGGAP MASALAH SEBAGAI MASALAH, ANGGAPLAH MASALAH SEBAGAI CABARAN!!

Saya ingin berkongsi tentang bagaimana kita mengira tenaga/kalori yang diperlukan seharian. Tujuan pengiraan ini adalah supaya kita lebih concern tentang pengambilan makanan atau minuman kita sehari-hari. Ia juga membolehkan kita tahu berapa banyak pengambilan kalori yang sepatutnya untuk MENGURANGKAN BERAT BADAN. Ini adalah kebenarannya, dan bila kita tahu akan kebenarannya, kita akan bebas. THE TRUTH WILL SET YOU FREE!! 

Mari kita tentukan kalori harian kita dengan menggunakan kiraan "Harris Benedict Equation"

Langkah 1 : 

Wanita 
655 + (4.35 X berat dalam pound) + (4.7 X tinggi dalam inchi) - (4.7 x umur dalam tahun)
= Jumlah kalori yang diperlukan untuk mengekalkan berat badan tanpa bersenam

Lelaki
66 + (6.23 X berat dalam pound) + (12.7 X tinggi dalam inchi) - (6.8 X umur dalam tahun)
= Jumlah kalori yang diperlukan untuk mengekalkan berat badan tanpa bersenam

Langkah 2 :
Jika anda seorang yang aktif dalam senaman atau ditempat kerja, darab kan tahap keaktifan  anda dengan jumlah kalori dari langkah 1


= Jumlah kalori yang diperlukan untuk mengekalkan berat badan








  • Untuk mengurangkan berat badan, kurangkan 500 kalori sehari dalam pengambilan dari langkah 2
  • Untuk mengekalkan berat badan, jangan ubah apa-apa pada langkah 2
  • Untuk menambah berat badan, tambah 250 hingga 500 kalori sehari dalam pengambilan dari langkah 2






Tuesday, October 1, 2013

Hello!! Blog ini dicipta khas buat teman-teman sekalian, dari saya, untuk mengongsikan kehidupan baru yang saya jalani pada masa kini dan dengan izin Tuhan untuk seumur hayat. Saya akan mengongsikan sedikit sebanyak berkenaan tips- tips kesihatan , senaman, dan diet yang saya gunakan selama transformasi kehidupan baru saya.

FITIN30S adalah nama yang saya gunakan sempena azam baru saya sejak menjangkau 30an beberapa bulan lalu (14th July 2013 ). Ia sebenarnya berasal dari perkataan "Fit in 30's" bermaksud fit dalam 30an. Jadi disini secara rasminya, saya mengumumkan bahawa saya akan menjadi fit & ripped dalam 30an ini.

Saya ingin kongsikan slogan yang telah membantu saya dalam mengubah kehidupan lama saya ke kehidupan yang baru.

"THE TRUTH WILL SET YOU FREE"










Pada 21 April 2013, saya memulakan misi untuk menurunkan berat badan serta ingin menjadi fit. Namun perjalanan agak berliku dan misi kurang berjaya. Walaubagaimanapun selepas membuat kajian dan percubaan mengenai diet dan senaman yang sesuai, bunga mula berputik dan buah mula terhasil. Hasilnya adalah seperti berikut...

Hari pertama program senaman High Interval Training.
21 May 2013
Berat 96kg









Hari ke- 122
4 September 2013
Berat 85








Dengan senaman yang betul dan juga pemakanan yang seimbang adalah faktor utama pengurangan berat badan saya. Bukan saja berat turun, malah saya semakin flexible, pantas, segar, dan lebih gembira daripada sebelum ini... DESTINASI MASIH BELUM SAMPAI.... tapi tempat yang dituju sudah semakin terang kelihatan hehehe...

Saya akan kongsikan tentang senaman dan pemakanan yang saya gunakan pada masa akan datang.

*seperti kata Kevin Zahri; dalam menurunkan berat badan, tiada yang terlalu susah dan tiada yang terlalu mudah.